Tukar Bahasa: English

Latar Belakang Dasar Gaji Minimum di Malaysia

Inisiatif Gaji Minimum Kebangsaan telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Pembentangan Bajet pada 15 Oktober 2010. Ia adalah salah satu instrumen dasar melalui Model Baru Ekonomi (MBE) bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi yang terangkum dan mampan menjelang tahun 2020. Dasar ini bertujuan untuk memastikan pekerja dapat memenuhi keperluan asas dan menyediakan suasana sesuai untuk industri dalam meningkatkan nilai rantaian pengeluaran mereka. 
 
Gaji minimum mengikut Akta 732 adalah gaji pokok, tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain.

  • Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2009 menunjukkan bahawa 33.8% daripada pekerja sektor swasta memperoleh pendapatan kurang daripada RM700 sebulan, relatif kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) nasional iaitu RM800. Salah satu matlamat utama Dasar Gaji Minimum ialah untuk memastikan bahawa semua pekerja di Malaysia memperoleh pendapatan melebihi PGK, selaras dengan matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi.
  • Pelaksanaan Dasar Gaji Minimum adalah sebagai mendokong cita-cita negara untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dengan menetapkan gaji lantai bagi semua pekerja di Malaysia. Memandangkan bilangan pekerja di negara ini yang memperoleh pendapatan yang kurang daripada gaji minimum adalah agak tinggi, maka inisiatif baharu tersebut dijangka dapat meningkatkan pendapatan negara kasar.
  • Dasar Gaji Minimum ini juga akan menggalakkan majikan untuk meningkatkan rantaian pengeluaran dengan meningkatkan produktiviti pekerja mereka melalui penggunaan teknologi dan inovasi lain.
  • Penetapan gaji lantai bagi semua pekerja di Malaysia akan memastikan bahawa setiap lapisan masyarakat Malaysia dapat menikmati hasil pembangunan, yang akan menggalakkan lagi lebih banyak penjanaan aktiviti ekonomi.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim.

Objektif Dasar Gaji Minimum ialah:

(i) memastikan keperluan asas pekerja dan keluarga mereka dapat dipenuhi;

(ii) memberikan perlindungan sosial yang mencukupi kepada pekerja-pekerja;

(iii) menggalakkan industri meningkatkan rantaian pengeluaran global dengan melabur dalam intensif teknologi dan meningkatkan produktiviti buruh; dan

(iv) mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing tidak mahir.

Satu kajian yang dijalankan oleh Bank Dunia mendapati bahawa kadar gaji minimum yang kurang daripada RM1,000 sebulan atau RM4.81 sejam tidak akan memberi kesan yang signifikan terhadap firma, guna tenaga, pelaburan langsung asing atau kemasukan migran ke dalam negara. Lebihan wang akan meningkatkan perbelanjaan individu.
 
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), dasar gaji minimum “adalah dijangka memberikan kesan positif ke atas ekonomi Malaysia”. BNM menjangkakan bahawa kesannya terhadap kos perniagaan adalah kecil kerana impak kenaikan gaji akan dapat dikurangkan menerusi peningkatan produktiviti.
 
“Memandangkan isi rumah yang berpendapatan rendah berkecenderungan untuk mempunyai marginal propensity to consume yang lebih tinggi, peningkatan pendapatan pekerja yang terlibat dijangka meningkatkan perbelanjaan pengguna dan penjanaan aktiviti ekonomi.”
 
 
Walau bagaimanapun, Kerajaan mengetahui bahawa majikan di Malaysia mungkin menghadapi cabaran dalam membuat penyesuaian selaras dengan dasar gaji baharu. Meskipun begitu, dasar ini merupakan satu langkah supaya Malaysia menjadi antara 150 buah negara lain yang telah melaksanakan dasar gaji minimum.
Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] pada 28 September 2011. Fungsi Majlis tersebut ialah untuk menjalankan kajian tentang semua perkara yang berkenaan dengan gaji minimum dan untuk membuat syor gaji minimum kepada Kerajaan. MPGN adalah terdiri daripada:
  1. Pengerusi
  2. Timbalan Pengerusi
  3. Setiausaha
  4. Anggota pekerja
  5. Anggota majikan
  6. Pegawai awam
  7. Anggota lain
MPGN dianggotai oleh sekurang-kurangnya 23 orang anggota dan maksimum seramai 29 orang anggota, dan tiada seorang anggota pun, kecuali Setiausaha dan Pegawai Awam, yang dibenarkan memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tempoh tiga tahun pada satu-satu masa. Mereka boleh dilantik semula ke dalam Majlis. Bilangan wakil majikan dan pekerja mestilah sama pada setiap masa.
 
                                                                                                                                        
 
        Rajah 1: Komposisi MPGN Negara                                                         Rajah 2: Proses Penetapan Kadar Gaji Minimum
 
                                                                                    
Rajah 3: Anggota-Anggota Majlis Perundingan Gaji Negara   Rajah 4: Warta Pelantikan dan Pembatalan Pelantikan Anggota Majlis Perundingan Gaji Negara

PrintEmail

TARIKH AGENDA
4 Ogos 2010 Bengkel Gaji Minimum di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC)
24 Ogos 2010 Mesyuarat Kumpulan Fokus bersama wakil majikan
26 Ogos 2010 Mesyuarat Kumpulan Fokus bersama wakil pekerja
1 September 2010 Mesyuarat Kumpulan Fokus bersama agensi Kerajaan dan ahli akademik
7 - 14 Februari 2011 Makmal Gaji Minimum dengan kerjasama Bank Dunia di PICC, Putrajaya.
12 Februari 2011 Hari Terbuka Gaji Minimum di PERKESO, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
21 April 2011 Pelantikan Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara
30 Jun 2011 Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 diluluskan di Dewan Rakyat
12 Julai 2011 Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 diluluskan di Dewan Negara
25 Julai – 11 Ogos 2011 Sesi perundingan dengan orang awam di seluruh negara
26 Ogos 2011 Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 mendapat Perkenan SPB Yang di-Pertuan Agong
15 September 2011 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] diwartakan.
30 April 2012 Pengumuman Perintah Gaji Minimum oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak sempena Hari Pekerja.
16 Julai 2012 Perintah Gaji Minimum 2012 diwartakan. Perintah tersebut menyatakan perkara-perkara berikut:
  • Kadar gaji minimum RM900 sebulan/ RM4.33 sejam bagi Semenanjung Malaysia dan RM800 sebulan/ RM3.85 sejam bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.
  • Tarikh kuat kuasa:
    • 1 Januari 2013 bagi majikan yang mempunyai lebih daripada lima pekerja atau majikan yang bekerja dalam perniagaan profesional seperti yang ditetapkan oleh Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
    • 1 Julai 2013 bagi majikan yang mempunyai lima pekerja atau kurang (juga dikenali sebagai perusahaan mikro).
Untuk maklumat lanjut mengenai Perintah Gaji Minimum 2012, sila klik pautan ini.
28 Disember 2012 Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2012 diwartakan yang mengandungi perkara-perkara berikut:
  • 632 majikan (menggajikan lebih lima pekerja)
  • Hotel (sehingga 30 September 2013)
    • Persatuan Hotel Malaysia (MAH)
    • Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Hotel, Bar dan Restoran Semenanjung Malaysia (AHE)
    • Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO)
    • Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MBHA)
  • Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (sehingga 31 Mac 2013)
    • Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM)
    • Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Asia (APSA)
  • Perkhidmatan Bas (sehingga 31 Mac 2013)
    • Persatuan Pengendali Bas Pan Malaysia (PMBOA)
1 Januari 2013 Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 ke atas semua majikan yang mempunyai lebih daripada lima orang pekerja. Perintah juga terpakai kepada majikan yang bekerja dalam keupayaan profesional seperti yang ditentukan oleh Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
28 Mei 2013 Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2013 telah diwartakan dan memberikan penangguhan kepada PKS yang mempunyai pekerja asing sehingga 31 Disember 2013. Tambahan lagi, 40 majikan besar juga diberikan penangguhan sehingga 31 Disember 2013 berhubung dengan pekerja asingnya. Senarai majikan yang diluluskan penangguhannya boleh disemak di sini.
1 Julai 2013 Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 ke atas semua majikan yang mempunyai lima atau kurang pekerja.
29 Julai 2013 Perintah Gaji Minimum (Pindaan)(No.2) 2013 telah diwartakan, yang memberi penangguhan kepada perusahaan mikro berhubung dengan pekerja tempatannya sehingga 31 Disember 2013. Senarai majikan yang diluluskan penangguhannya boleh disemak di sini.
10 September 2013 Perintah Gaji Minimum (Pindaan) (No.3) 2013 telah diwartakan, yang memberi penangguhan kepada majikan tertentu sehingga 31 Disember 2013. Senarai majikan yang diluluskan penangguhannya boleh disemak di sini.
3 Disember 2013 Pelancaran Portal Gaji Minimum.
10 Disember 2013 Klinik Portal Gaji Minimum di Pulau Pinang.
17 Disember 2013 Klinik Portal Gaji Minimum di Johor Bahru.
1 Januari 2014 Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 ke atas majikan PKS yang mempunyai pekerja asing. Perintah tersebut juga dilaksanakan ke atas majikan yang menerima kelulusan penangguhan seperti yang tersenarai di dalam Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2012, Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2013, Perintah Gaji Minimum (Pindaan) (No.2) 2013 dan Perintah Gaji Minimum (Pindaan) (No.3) 2013.
28 Januari 2014 Klinik Portal Gaji Minimum di Pahang.
24 Februari 2014 Klinik Portal Gaji Minimum di Kuching, Sarawak.
3 Mac 2014 Klinik Portal Gaji Minimum di Kota Kinabalu, Sabah.
25-26 Mac 2014 Seminar Bersama ILO dan Bank Dunia berhubung Kajian Semula Perintah Gaji Minimum 2012.
22 April 2014 Klinik Portal Gaji Minimum di Miri, Sarawak.
23 April 2014 Klinik Portal Gaji Minimum di Sandakan, Sabah.
19-28 Ogos 2014 Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) bersama persatuan majikan dan kesatuan sekerja di seluruh Malaysia mengenai Kajian Semula Perintah Gaji Minimum 2012.
13-14 Oktober 2014 Seminar Pelaksanaan Gaji Minimum: Pengalaman Negara-Negara ASEAN dan Rakan Dialog.
23 Oktober 2015 Pengumuman Kadar Baharu Gaji Minimum dalam Ucapan Bajet 2016 YAB Perdana Menteri.
7-8 Mac 2016 Bengkel Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) No.131 – Minimum Wage Fixing Convention, 1970 dan Minimum Wage Fixing Recommendation, 1970 No.135.
29 April 2016 Perintah Gaji Minimum 2016 diwartakan.
1 Mei 2016 Pengumuman Kadar Gaji Minimum Baharu oleh YAB Perdana Menteri sempena Hari Pekerja di Putra World Trade Centre (PWTC).
7 Jun 2016 YB Menteri Sumber Manusia mendepositkan dokumen Malaysia meratifikasi Konvensyen Buruh Antarabangsa : Minimium Wage Fixing Convention, 1970 (C131) di Geneva, Switzerland.
1 Julai 2016 Perintah Gaji Minimum 2016 mula berkuatkuasa.

PrintEmail

Malay female working on laptop Sebagai seorang pekerja di Malaysia, anda layak menerima gaji pokok minimum sebanyak RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan. Dengan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012, majikan anda dikehendaki oleh undang-undang untuk memastikan bahawa semua pekerja memenuhi jumlah gaji minimum. Walaupun sesetengah item boleh dikira dalam pengiraan gaji minimum, anda mestilah sedar akan hak anda semasa berunding dengan majikan anda. Untuk maklumat lanjut mengenai apa yang boleh dan tidak boleh diambil kira dalam gaji minimum anda, sila klik di sini.

Scenarios

Ali works for a Sabah SME in the manufacturing industry. He was hired on 5th January 2012 at a basic wage of RM600 with an additional RM200 in the form of allowances. Prior to the 1st January 2013 implementation of the Minimum Wages Order 2012, his employer held a meeting with him to restructure his wages by absorbing all his allowances (RM200) to form a new basic wages of RM800, which is the minimum wages threshold for Sabah.
 
Ah Seng works for a Kuala Lumpur SME in the service industry. He was hired on a daily basis, earning RM20 per day for six days a week. With this wage and work schedule, Ah Seng makes RM20 x 26 = RM520 per month. This is RM380 less than the minimum wages set for Peninsular Malaysia, and his employer will have to raise his daily rate by RM14.62. His new daily wage is RM34.62 or RM900.12 per month.
 
Ravi, a Malaysian was just hired by a Selangor manufacturing company, and has been put on probation for six months. Based on the Minimum Wages Order 2012, his wages for the first six months cannot be less than 70% of the minimum wages rate. In other words, he must be paid a minimum of RM630 for the first six months. Once his probation period of six months is over, his wages will rise to RM900 per month.
After the end of the probation period, his employer decides that Ravi needs more training, and his probation period is extended by another three months. However, reduced minimum wages apply only to the first six months of probation, and the employer must now raise Ravi’s basic wages to RM900 even though he is still on probation.
 
Salmah has been working for a Kuching manufacturer for the past three years. She was earning RM700 in basic wages as well as RM50 for her monthly housing allowance, bringing her total monthly income to RM750. Since the enforcement of the Minimum Wages Order 2012, her employer has restructured her wages adding an additional RM50 to bring the basic wages to RM800. The employer restructured her housing allowance to make it a part of her basic wages, and topped up the difference.
The employer initially wanted to include the company’s EPF contributions as part of the minimum wages calculation but Salmah correctly told him that he was not allowed to do that. In fact, employers are not allowed to include the following items as part of the minimum wages calculation:
  • Housing accommodation including supply of provisions
  • Contributions by the employer to any superannuation scheme
  • Travelling allowance or concession
  • Sum payable to the employee to defray special expenses, e.g., claims
  • Gratuity payable on discharge or retirement
  • Annual bonus or any part thereof
 
For more information, please see the section Information on Restructuring Employee Wages.

PrintEmail

  • 1
  • 2
   
Mengapakah gaji minimum dilaksanakan?
Bolehkah syarikat saya memperoleh pengecualian pelaksanaan gaji minimum?
Bilakah tarikh kuat kuasa
Perintah Gaji Minimum?
   
 
 
Mengapakah gaji minimum dilaksanakan?
Apakah bayaran yang boleh
diambil kira dalam perkiraan
gaji minimum?
Siapakah yang tertakluk di
bawah gaji minimum?
   
 
Kenyataan akhbar
Undang-undang berkaitan
Soalan Lazim
   
   
   
   

BERITA TERKINI