Tukar Bahasa: English

Dalam Ucapan Bajet 2016 pada 23 Oktober 2015 dan semasa Sambutan Hari Pekerja di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 1 Mei 2016, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan kadar gaji minimum baharu bagi pekerja di sektor swasta. Kadar-kadar tersebut ditetapkan dalam Perintah Gaji Minimum 2016 P.U (A) 116 yang diwartakan pada 29 April 2016 dan mula berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.
 

Kawasan wilayah

Kadar gaji minimum

Bulanan

Harian

Setiap jam

Semenanjung Malaysia

RM1,000

 Bil. Hari bekerja dalam seminggu

 

 

RM4.81

6

RM38.46

5

RM46.15

4

RM57.69

Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

RM920

6

RM35.38

 
 
 
RM4.42

5

RM42.46

4

RM53.08

 
Kadar gaji minimum yang ditetapkan adalah berdasarkan bulanan, harian dan mengikut jam. Berhubung pekerja yang tiada gaji pokok tetapi dibayar mengikut ‘upah ikut kerja’, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar hendaklah tidak kurang daripada kadar gaji minimum bulanan.
 
Dengan adanya Perintah Gaji Minimum 2016, Perintah Gaji Minimum 2012 adalah terbatal mulai 1 Julai 2016.

PrintEmail

Levi dan Kos Penginapan Pekerja Asing


Majikan yang melaksanakan gaji minimum adalah dibenarkan untuk memotong levi tahunan pekerja asing secara prorata mengikut bulanan dan kos penginapan tidak melebihi RM50 sebulan daripada gaji bulanan pekerja asing. Bagi kedua-dua jenis potongan ini, majikan hanya perlu memaklumkan kepada Jabatan Tenaga Kerja yang berhampiran melalui e-mel atau surat. Bagi potongan kos penginapan yang melebihi RM50 sebulan, majikan perlu memperoleh kelulusan daripada Jabatan Tenaga Kerja yang berhampiran.

Pekhidmat domestik, seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955 [Akta 265]Seksyen 2 Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] dan Seksyen 2 Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76] adalah tidak diliputi di bawah Perintah Gaji Minimum 2016.

 

PrintEmail

Perintah Gaji Minimum 2016 memerlukan semua majikan mengambil tindakan sewajarnya untuk membayar gaji minimum sebagaimana dalam Perintah. Majikan harus tahu bahawa pelaksanaan Perintah ini adalah untuk manfaat semua pihak berkepentingan dan selaras dengan usaha Kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan tahap pendapatan negara.

Laman web ini bertujuan untuk memberikan maklumat terperinci dan menyeluruh bagi membantu majikan untuk membuat penyesuaian kepada dasar baharu ini. Soalan-soalan anda akan dijawab di dalam bahagian ini atau di dalam carian Soalan Lazim. Jika tiada, sila hubungi kami dan pegawai Kementerian akan menjawab pertanyaan anda.


YA. Anda dikehendaki oleh undang-undang untuk membayar gaji minimum sebanyak RM1000 setiap bulan jika anda beroperasi di Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan jika anda beroperasi di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Sebagai majikan, syarikat anda dikehendaki melakukan perkara-perkara berikut:
  • Membayar semua pekerja tidak kurang RM1000 atau RM920 sebulan sebagai gaji pokok bergantung kepada lokasi bekerja sama ada di Semenanjung Malaysia atau Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Tidak mengurangkan gaji minimum kepada pekerja dalam tempoh percubaan.
TIDAK. Di bawah Perintah Gaji Minimum 2016, tiada pengecualian diberikan. 
Perintah ini terpakai kepada semua pekerja sektor swasta termasuk pekerja asing di Malaysia. Walau bagaimanapun, pekhidmat domestik termasuk pembantu rumah seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955 [Akta 265]Seksyen 2 Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] dan Seksyen 2 Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76] dikecualikan.
Majlis Perundingan Gaji Negara mengambil kira beberapa faktor dalam menentukan kadar gaji minimum iaitu Pendapatan Garis Kemiskinan, keupayaan majikan untuk membayar gaji (penengah gaji), Indeks Harga Pengguna, Kadar Pengangguran Sebenar dan Pertumbuhan Produktiviti.
 
Faktor-faktor di atas menerangkan perbezaan antara gaji minimum yang ditetapkan bagi Semenanjung Malaysia dan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Untuk maklumat lanjut mengenai cara penetapan kadar gaji minimum, sila klik di sini.
Kegagalan syarikat untuk mematuhi Perintah Gaji Minimum 2016 boleh dikenakan penalti seperti yang berikut:
 
KESALAHAN PENALTI
Kesalahan Pertama Denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja. Mahkamah boleh memerintahkan majikan untuk membayar kepada setiap pekerjanya perbezaan di antara kadar gaji minimum dengan gaji pokok.
Penalti Am Denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap kesalahan jika tiada penalti diperuntukkan.
Penalti bagi Kesalahan Berterusan Denda harian tidak melebihi RM1,000 bagi kesalahan yang berterusan selepas sabitan.
Penalti bagi Kesalahan Berulang Denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun.
Kompaun Kompaun tidak melebihi 50% amaun maksimum bagi setiap kesalahan boleh dikenakan kepada majikan.

PrintEmail

  • 1
  • 2
   
Mengapakah gaji minimum dilaksanakan?
Bolehkah syarikat saya memperoleh pengecualian pelaksanaan gaji minimum?
Bilakah tarikh kuat kuasa
Perintah Gaji Minimum?
   
 
 
Mengapakah gaji minimum dilaksanakan?
Apakah bayaran yang boleh
diambil kira dalam perkiraan
gaji minimum?
Siapakah yang tertakluk di
bawah gaji minimum?
   
 
Kenyataan akhbar
Undang-undang berkaitan
Soalan Lazim
   
   
   
   

BERITA TERKINI