Artikel & Kajian

 

TAJUK

 
Kajian BNM terhadap Gaji Minimum 
(Potential Impact of the Minimum Wage Policy on the Malaysian Economy)
 
Bank Negara Malaysia iaitu bank pusat negara ini, mengulas mengenai Dasar Gaji Minimum Malaysia dan memutuskan bahawa polisi ini akan memberi “kesan positif” dalam jangka masa sederhana dan jangka masa panjang. BNM juga melihat bahawa pelaksanaan dasar ini merupakan satu langkah positif ke arah menggalakkan struktur gaji yang lebih saksama. Langkah ini juga secara langsung menyokong usaha negara ke arah status negara berpendapatan tinggi.
 
 
 
Transformasi Unplugged oleh Idris Jala
 
Dalam artikel ini, Ketua Eksekutif PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala membicarakan mengenai justifikasi Malaysia untuk melaksanakan Gaji Minimum. Beliau membicarakan mengenai dimensi ekonomi, moral dan pembinaan negara dalam dasar baru di sini.
 
 
 
Hala Tuju dan Peningkatan Produktiviti oleh Dato' Sri Idris Jala
(Moving Forward and Raising Productivity oleh Dato’ Sri Idris Jala)
 
 
 
Slaid Pembentangan Klinik Portal Gaji Minimum
 
 
Pelaksanaan Gaji Minimum Dialu-alukan
(Minimum Wage Adoption Welcomed)
 
Pelapor Khas PBB mengenai Hak Untuk Makanan, Encik Olivier de Schutter memuji Malaysia kerana memperkenalkan Dasar Gaji Minimum.
 
 
 
Ucapan Sempena Majlis Pelancaran Portal Gaji Minimum Oleh YB Menteri Sumber Manusia
 
Ini adalah ucapan YB Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem sempena Majlis Pelancaran Portal Gaji Minimum yang diadakan pada 3 Disember 2013 di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.
 
 
 
Pelaksanaan Gaji Minimum Di Malaysia – Satu Artikel Oleh Dato’ Seri Zainal Rahim Bin Seman, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia
(Malaysia Implements Minimum Wages - An Article by Dato' Seri Zainal Rahim Bin Seman, Secretary - General of the Ministry of Human Resources)
 
Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Malaysia, Dato’ Seri Zainal Rahim bin Seman, membicarakan transformasi dasar gaji di Malaysia, menekankan pelaksanaan penuh gaji minimum bermula 1 Januari 2014 dan menyarankan pekerja untuk meningkatkan produktiviti dan menyesuaikan diri dengan apa-apa pendekatan inovatif yang majikan mungkin laksanakan.
 
 
 
Kehidupan dengan Gaji Minimum RM900 sebulan
(Living on Minimum Wage of RM900 a month: A Personal Account)
 
Ia bermula dengan satu cabaran. Adik perempuan saya Shashi mencabar saya untuk hidup dengan RM900 sebulan. Perintah Gaji Minimum 2012 baharu dilaksanakan beberapa bulan lepas. "Sesetengah orang menyara keluarga dengan gaji minimum. Kamu bujang dan tentu tidak susah sangat untuk hidup dengan gaji minimum," katanya.
 
 
 
Gaji Minimum dan Kesengsaraan Menggunakan Pengangkutan Awam
(Minimum Wage and the Tyranny of Public Transport)
 
Minggu lepas, saya menghuraikan cabaran saya cuba hidup dengan gaji minimum dan merasa kesukaran rakyat yang hidup dengan gaji tersebut. Saya mempunyai beberapa kelebihan yang penerima gaji minimum lain tidak dapat iaitu RM900 berkenaan hanya digunakan untuk membayar makanan, pengangkutan dan keperluan lain. Amaun tersebut tidak akan digunakan untuk membayar bil, cagaran dan lain-lain. Ini bermakna saya boleh membelanja RM30 sehari untuk makanan dan pengangkutan. Atas kertas, RM30 dilihat merupakan amaun yang dirasakan wajar sehari untuk seorang bujang dan tiada anak seperti saya. Namun, saya mendapati penggunaan pengangkutan awam amat mengganggu bajet saya terutama apabila melibatkan penggunaan teksi.
 
 
 
Kehidupan dengan Gaji Minimum: Pengajaran berhubung Kehidupan dan Wang
(Living on Minimum Wage: Lessons Learned about Life and Money)
 
Dalam usaha mengurangkan perbelanjaan, saya membuat keputusan untuk hidup dengan RM900 sebulan untuk beberapa bulan. RM900 adalah amaun gaji minimum di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Malaysia Timur. Saya ingin merasai kehidupan yang hanya bergantung pada gaji minimum iaitu RM30 sehari. Tidak seperti penerima gaji minimum lain yang perlu menyara keluarga, membayar bil dan perbelanjaan lain, saya akan menggunakan amaun tersebut untuk makanan, pengangkutan awam dan perbelanjaan lain. Atas kertas, RM30 sehari untuk makanan, dan pengangkutan awam dilihat nencukupi. Namun, sepertimana dalam teori ekonomi, apa yang dilihat sesuai atas kertas, jarang dilaksanakan dengan baik secara praktikalnya.
 
 
 
Kehidupan Bekerja - Mengenai Gaji Minimum di Australia oleh Sam Wallman
(Working Life – The Story Of The Minimum Wage In Australia by Sam Wallman)
 
Illustrasi kreatif daripada Kesatuan Sekerja Australia mengenai pentingnya gaji minimum dalam memberikan kefahaman dan menggalakkan pelaksanaan struktur gaji yang adil di Malaysia.(www.australianunions.org.au)
 
 
 
Kajian Semula Gaji Minimum
 
Gaji minimum sedang dikaji semula sepertimana diperuntukkan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. Hasil kajian ini dijangka akan siap pada akhir tahun 2014 atau tahun depan.
 
 
 
Jabatan Tenaga Kerja Sarawak akan Mengambil Tindakan terhadap Majikan yang tidak Membayar Gaji Minimum
(Dept to come down hard on employers who pay too little)
 
Laporan akhbar mengenai perkembangan penguatkuasaan pelaksanaan Gaji Minimum di Sarawak.
 
 
 
JTK Dakwa 148 Syarikat Gagal Patuhi Undang-Undang Buruh
 
Keratan akhbar mengenai penguatkuasaan undang-undang perburuhan termasuklah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 di Semenanjung Malaysia.
 
 
 
Tambah Baik Standard Perburuhan Negara
 
Laporan akhbar mengenai ratifikasi Konvensyen Buruh Antarabangsa berhubung gaji minimum iaitu Minimum Wage Fixing Convention, 1970 (C131) oleh Menteri Sumber Manusia di Geneva, Switzerland pada 7 Jun 2016.
 
 

Print