Apa Yang Pekerja Perlu Tahu

Nurses chatting

Kerajaan telah memutuskan untuk meningkatkan kadar gaji minimum daripada RM900 kepada RM1000 di Semenanjung Malaysia dan daripada RM800 kepada RM920 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 1 Julai 2016. Ini bermakna sebagai seorang pekerja di Malaysia, anda berhak untuk mendapat gaji pokok minimum. Perintah Gaji Minimum 2016 adalah tidak terpakai kepada perantis dan pekhidmat domestik (cth., pembantu rumah) seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955 [Akta 265], Seksyen 2 Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] dan Seksyen 2 Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76].
 
Ketahui hak anda!
 
Pelaksanaan gaji minimum untuk semua pekerja telah mengubah struktur gaji secara signifikan di Malaysia, dan pekerja perlu sedar akan hak mereka di bawah undang-undang. Antara contoh soalan:
 
Apakah jenis bayaran yang dikira sebagai gaji minimum?
 
Bagaimanakah saya boleh berunding dengan majikan mengenai gaji saya?
 
Bagaimana pula jika saya seorang pekerja dalam percubaan atau pekerja separa masa?
 
Untuk jawapan kepada soalan di atas dan yang seumpama dengannya, sila rujuk carian di Soalan Lazim kami.
 
Security guard
 
Perintah Gaji Minimum dirumus untuk memastikan bahawa semua pekerja memperoleh manfaat daripada hasil pembangunan seiring usaha negara untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Penetapan gaji minimum juga akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk pekerja di Malaysia.
1. Adakah sesiapa dikecualikan daripada membayar gaji minimum…
Benar. Perintah Gaji Minimum 2016 dikecualikan pemakaiannya kepada pekhidmat domestik (Cth: pembantu rumah) seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955 [Akta 265]Seksyen 2 Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] dan Seksyen 2 Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76]. Perintah juga tidak terpakai kepada seseorang perantis.
 
2. Dia boleh membayar gaji yang lebih rendah daripada gaji minimum jika saya setuju…
Salah! Majikan anda dikehendaki oleh undang-undang untuk membayar gaji minimum kepada anda. Sekalipun jika anda menyetujuinya, majikan boleh dikenakan hukuman seperti yang ditetapkan oleh undang-undang sekiranya majikan membayar gaji yang lebih rendah.
 
3. Bahawa saya boleh dibayar kurang daripada gaji minimum kerana saya pekerja tempatan dalam tempoh percubaan…
Tidak. Pekerja dalam tempoh percubaan perlu dibayar gaji minimum sepenuhnya mulai 1 Julai 2016.
 
4. Dia kini boleh menggunakan Perintah Gaji Minimum 2016 untuk membayar gaji yang lebih rendah berbanding yang saya persetujui sebelum ini…
Salah! Majikan anda tidak boleh menggunakan Perintah ini sebagai alasan untuk membayar gaji yang lebih rendah daripada gaji yang telah dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan.

PrintEmail