Apa Yang Pekerja Perlu Tahu

Nurses chatting

Kerajaan telah memutuskan untuk meningkatkan kadar gaji minimum daripada RM900 kepada RM1000 di Semenanjung Malaysia dan daripada RM800 kepada RM920 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 1 Julai 2016. Ini bermakna sebagai seorang pekerja di Malaysia, anda berhak untuk mendapat gaji minimum. Perintah Gaji Minimum 2016 adalah tidak terpakai kepada perantis dan pekhidmat domestik (cth., pembantu rumah) seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955 [Akta 265], Seksyen 2 Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] dan Seksyen 2 Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76].
 
Ketahui hak anda!
 
Pelaksanaan gaji minimum untuk semua pekerja telah mengubah struktur gaji secara signifikan di Malaysia. Pekerja harus sedar akan hak mereka di bawah undang-undang.
 
Untuk keterangan lanjut sila rujuk Soalan Lazim.
 
Security guard
 
Perintah Gaji Minimum digubal bagi memastikan bahawa semua pekerja memperoleh manfaat daripada hasil pembangunan seiring usaha negara untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Pelaksanaan gaji minimum membantu meningkatkan gaji selaras dengan kos sara hidup, seterusnya membolehkan pekerja memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian. Ia juga secara langsung meningkatkan kadar bayaran kerja lebih masa (overtime), caruman dalam simpanan KWSP dan perlindungan di bawah PERKESO.
1. Pekhidmat domestik tidak tertakluk kepada Perintah Gaji Minimum 2016.
Benar! Perintah Gaji Minimum 2016 tidak terpakai kepada pekhidmat domestik (Cth: pembantu rumah) seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955 [Akta 265]Seksyen 2 Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] dan Seksyen 2 Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76]. Perintah juga tidak terpakai kepada perantis.
 
2. Dia boleh membayar gaji yang lebih rendah daripada gaji minimum jika saya setuju.
Salah! Majikan anda dikehendaki untuk membayar gaji minimum. Sekalipun jika anda setuju, ia merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang.
 
3. Bahawa saya boleh dibayar kurang daripada gaji minimum kerana saya pekerja tempatan dalam tempoh percubaan.
Salah! Pekerja dalam tempoh percubaan perlu dibayar gaji minimum sepenuhnya mulai 1 Julai 2016.
 
4. Dia kini boleh menggunakan Perintah Gaji Minimum 2016 untuk membayar gaji yang lebih rendah berbanding yang saya persetujui sebelum ini.
Salah! Majikan anda tidak boleh menggunakan Perintah ini sebagai alasan untuk membayar gaji yang lebih rendah daripada gaji yang telah dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan.

Print