Maklumat Penting untuk Majikan

Levi dan Kos Penginapan Pekerja Asing


Sebagai sebahagian daripada dasar tersebut, majikan yang melaksanakan gaji minimum adalah dibenarkan untuk memotong levi tahunan pekerja asing secara prorata untuk tempoh sementara dan kos penginapan tidak melebihi RM50 sebulan daripada gaji bulanan pekerja asing. Bagi kedua-dua jenis potongan ini, majikan hanya perlu memaklumkan kepada Jabatan Tenaga Kerja yang berhampiran melalui e-mel atau surat. Bagi potongan kos penginapan yang melebihi RM50 sebulan, majikan perlu memperoleh kelulusan daripada Jabatan Tenaga Kerja yang berhampiran.

Pekhidmat domestik, seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955 [Akta 265]Seksyen 2 Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] dan Seksyen 2 Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76] adalah tidak diliputi di bawah Perintah Gaji Minimum 2016.

 

PrintEmail