Peristiwa Penting

Written by Super User. Posted in Peristiwa penting

TARIKH PERISTIWA
4 Ogos 2010 Bengkel Gaji Minimum di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC)
24 Ogos 2010 Mesyuarat Kumpulan Fokus bersama wakil majikan
26 Ogos 2010 Mesyuarat Kumpulan Fokus bersama wakil pekerja
1 September 2010 Mesyuarat Kumpulan Fokus bersama agensi Kerajaan dan ahli akademik
7 - 14 Februari 2011 Makmal Gaji Minimum dengan kerjasama Bank Dunia di PICC, Putrajaya.
12 Februari 2011 Hari Terbuka Gaji Minimum di PERKESO, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
21 April 2011 Pelantikan Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara
30 Jun 2011 Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 diluluskan di Dewan Rakyat
12 Julai 2011 Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 diluluskan di Dewan Negara
25 Julai – 11 Ogos 2011 Sesi perundingan dengan orang awam di seluruh negara
26 Ogos 2011 Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 mendapat Perkenan SPB Yang di-Pertuan Agong
15 September 2011 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] diwartakan.
30 April 2012 Pengumuman Perintah Gaji Minimum oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak sempena Hari Pekerja.
16 Julai 2012 Perintah Gaji Minimum 2012 [P.U.(A) 214] diwartakan. Perintah tersebut menyatakan perkara-perkara berikut:
  • Kadar gaji minimum RM900 sebulan/ RM4.33 sejam bagi Semenanjung Malaysia dan RM800 sebulan/ RM3.85 sejam bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Tarikh kuat kuasa:
    • 1 Januari 2013 bagi majikan yang mempunyai lebih daripada lima pekerja atau majikan yang menjalankan aktiviti profesional seperti yang ditetapkan oleh Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
    • 1 Julai 2013 bagi majikan yang mempunyai lima pekerja atau kurang (juga dikenali sebagai perusahaan mikro).
28 Disember 2012 Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2012 [P.U.(A) 470] diwartakan yang mengandungi penangguhan Perintah kepada majikan berikut:
  • 632 majikan (menggajikan lebih lima pekerja)
  • Hotel (sehingga 30 September 2013)
    • Persatuan Hotel Malaysia (MAH)
    • Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Hotel, Bar dan Restoran Semenanjung Malaysia (AHE)
    • Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO)
    • Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MBHA)
  • Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (sehingga 31 Mac 2013)
    • Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM)
    • Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Asia (APSA)
  • Perkhidmatan Bas (sehingga 31 Mac 2013)
    • Persatuan Pengendali Bas Pan Malaysia (PMBOA)
1 Januari 2013 Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 ke atas semua majikan yang mempunyai lebih daripada lima orang pekerja. Perintah juga terpakai kepada majikan yang menjalankan aktiviti profesional seperti yang ditentukan oleh Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
28 Mei 2013 Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2013 [P.U (A) 165] telah diwartakan dan memberikan penangguhan kepada PKS yang mempunyai pekerja asing sehingga 31 Disember 2013.Tambahan lagi, 40 majikan besar yang menggajikan pekerja asing juga diberi penangguhan sehingga 31 Disember 2013.
1 Julai 2013 Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 ke atas semua majikan yang mempunyai lima atau kurang pekerja.
29 Julai 2013 Perintah Gaji Minimum (Pindaan)(No.2) 2013 [P.U.(A) 244] telah diwartakan yang memberi penangguhan Perintah kepada perusahaan mikro yang menggajikan pekerja tempatan sehingga 31 Disember 2013. 
10 September 2013 Perintah Gaji Minimum (Pindaan) (No.3) 2013 [P.U.(A) 284] telah diwartakan yang memberi penangguhan kepada majikan individu sehingga 31 Disember 2013. 
3 Disember 2013 Pelancaran Portal Gaji Minimum.
10 Disember 2013 Klinik Gaji Minimum di Pulau Pinang.
17 Disember 2013 Klinik Gaji Minimum di Johor Bahru.
1 Januari 2014 Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 ke atas majikan PKS yang menggajikan pekerja asing. Perintah tersebut juga dilaksanakan ke atas majikan yang menerima kelulusan penangguhan seperti yang tersenarai di dalam Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2012, Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2013, Perintah Gaji Minimum (Pindaan) (No.2) 2013 dan Perintah Gaji Minimum (Pindaan) (No.3) 2013.
28 Januari 2014 Klinik Gaji Minimum di Pahang.
24 Februari 2014 Klinik Gaji Minimum di Kuching, Sarawak.
3 Mac 2014 Klinik Gaji Minimum di Kota Kinabalu, Sabah.
25-26 Mac 2014 Seminar Bersama ILO dan Bank Dunia berhubung Kajian Semula Perintah Gaji Minimum 2012.
22 April 2014 Klinik Gaji Minimum di Miri, Sarawak.
23 April 2014 Klinik Gaji Minimum di Sandakan, Sabah.
19-28 Ogos 2014 Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) bersama persatuan majikan dan kesatuan sekerja di seluruh Malaysia mengenai Kajian Semula Perintah Gaji Minimum 2012.
13-14 Oktober 2014 Seminar Pelaksanaan Gaji Minimum: Pengalaman Negara-Negara ASEAN dan Rakan Dialog.
23 Oktober 2015 Pengumuman Kadar Baharu Gaji Minimum dalam Ucapan Bajet 2016 YAB Perdana Menteri.
7-8 Mac 2016 Bengkel Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) No. 131-Minimum Wage Fixing Convention, 1970 dan Minimum Wage Fixing Recommendation, 1970 No.135
29 April 2016 Perintah Gaji Minimum 2016 diwartakan.
1 Mei 2016 Pengumuman kadar gaji minimum baharu oleh YAB Perdana Menteri sempena Hari Pekerja di Putra World Trade Centre (PWTC).
3-22 Jun 2016 Sesi Libat Urus Secara Bersepadu Berhubung Perintah Gaji Minimum 2016 dan Bab Buruh dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di seluruh Malaysia.
7 Jun 2016 YB Menteri Sumber Manusia mendepositkan dokumen Konvensyen Buruh Antarabangsa : Minimum Wage Fixing Convention, 1970 (C131) di Geneva, Switzerland untuk diratifikasi.
1 Julai 2016 Perintah Gaji Minimum 2016 [P.U.(A) 116] mula berkuatkuasa.
19 Julai - 21 November 2016 Sesi Taklimat dan Dialog berhubung Perintah Gaji Minimum 2016 dengan pelbagai pihak berkepentingan (cth: Pengangkutan, Hotel, FMM, TASKA, Jabatan dan Agensi Kerajaan).

Print