Soalan Lazim

Soalan Lazim
Kementerian Sumber Manusia menyedari bahawa majikan dan pekerja mungkin mempunyai soalan atau kebimbangan mengenai pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2016. Bagi menangani hal ini, Kementerian telah menyusun satu set Soalan Lazim yang komprehensif, seperti yang diterbitkan di bawah ini.
 
Soalan Lazim berusaha untuk menjawab kebanyakan soalan, tetapi Soalan Lazim tidak mungkin dapat meliputi semua jenis senario. Jika anda mempunyai soalan yang tidak dijawab oleh Soalan Lazim, anda boleh menghantar soalan ke minimumwages[at]mohr[dot]gov[dot]my.

Untuk Pekerja:
Dasar gaji minimum membantu meningkatkan gaji selaras dengan kos sara hidup. Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2016 akan secara langsung meningkatkan kadar bayaran kerja lebih masa (overtime), caruman dalam simpanan KWSP dan perlindungan di bawah PERKESO.

Untuk Majikan:
Pelaksanaan dasar gaji minimum akan menggalakkan firma untuk melabur dalam teknologi yang akan membantu meningkatkan rantaian pengeluaran dan seterusnya menambahbaik produktiviti dan daya saing.

Untuk Kerajaan:
Dasar gaji minimum akan mentransformasikan ekonomi dari berintensifkan buruh kepada berintensifkan modal melalui automasi dan mekanisasi serta membantu negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Kadar gaji minimum ditentukan oleh Kerajaan berdasarkan syor yang dibuat oleh Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN).
 
Jabatan Tenaga Kerja adalah bertanggungjawab untuk menguatkuasakan peruntukan undang-undang tersebut.
 
Fungsi dan kuasa Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) adalah seperti yang berikut:
 
• menasihati Kerajaan mengenai semua perkara berhubung dengan gaji minimum termasuk perkembangannya di peringkat antarabangsa;
• membuat syor kepada Kerajaan mengenai kadar gaji minimum dan liputan berdasarkan sektor, jenis pekerjaan dan kawasan wilayah, dan perkara-perkara lain berhubung dengan gaji minimum dan gaji;
• menerangkan kepada orang awam mengenai kadar gaji minimum dan liputan;
• mengumpul dan menganalisis data dan maklumat dan menjalankan kajian tentang gaji dan petunjuk sosioekonomi;
• menyelaras dan menyelia, dan menilai impak pelaksanaan gaji minimum;
• mengkaji semula perintah gaji minimum;
• membincangkan semua perkara yang berhubung dengan gaji minimum;
• menyebarkan maklumat dan analisis mengenai gaji;
• menjalankan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang difikirkannya sesuai untuk membolehkannya melaksanakan fungsi dengan berkesan atau yang berkaitan pelaksanaan fungsinya.
 
Pada masa yang sama, MPGN juga telah diberi kuasa untuk melakukan semua perkara yang berkaitan fungsinya. Majlis juga perlu mengkaji Perintah Gaji Minimum sekurang-kurangnya sekali dalam setiap dua tahun.
 
Pada masa sekarang anggota-anggota Majlis terdiri daripada wakil-wakil berikut yang dilantik oleh Menteri Sumber Manusia:
 
• Seorang Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha
• enam anggota majikan
• enam anggota pekerja
• lima anggota Pegawai Awam
• lima anggota lain (contoh: ahli akademik, pakar ekonomi dan Badan Bukan Kerajaan)
 
Berdasarkan Seksyen 5 (6) Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732), bilangan ahli majlis tidak boleh melebihi 29 orang.
 
Pada masa sekarang, kadar gaji minimum ditentukan oleh lima faktor:
 
1. Pendapatan Garis Kemiskinan
2. Keupayaan majikan untuk membayar (gaji penengah)
3. Indeks Harga Pengguna (CPI)
4. Kadar pengangguran sebenar
5. Pertumbuhan produktiviti
 
Formula adalah seperti yang berikut:
Kiraan Gaji Minimum
di mana
 
GM = Gaji minimum (RM)
PGK = Pendapatan garis kemiskinan (RM)
P = Pertumbuhan produktiviti (%)
CPI = Indeks Harga Pengguna (perubahan %)
UE = Kadar pengangguran (%): kadar pengangguran benar tolak kadar pengangguran semula jadi (4%)
i = Wilayah
 
PGM 2016 mengandungi peruntukan-peruntukan yang ditambahbaik daripada PGM 2012, iaitu:
 
(i) Kadar gaji minimum yang baharu di bawah PGM 2016 meliputi bulanan, harian dan jam;
 
(ii) Kadar gaji minimum ditetapkan untuk pekerja yang tidak mempunyai gaji pokok tetapi dibayar secara upah ikut kerja (piece-rate), berat tan (tonnage), tugasan (task), perjalanan (trip) atau komisen (commission);
 
(iii) Kadar gaji minimum tidak boleh dikurangkan untuk pekerja dalam tempoh percubaan;
 
(iv) Tiada peruntukan untuk rundingan bagi penstrukturan semula gaji; dan
 
(v) Tiada peruntukan untuk majikan membuat penangguhan bayaran gaji minimum baharu.
 
Pendekatan-pendekatan yang diambil Kerajaan dalam membuat penetapan gaji minimum adalah:
 
(i) Balanced approach – mengambil kira syor daripada Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN), Bank Dunia, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), majikan dan juga pekerja;
 
(ii) Menetapkan kadar gaji minimum tidak kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan Kebangsaan (PGK);
 
(iii) Merapatkan jurang perbezaan gaji minimum antara wilayah; dan
 
(iv) Mengambil kira bahawa cadangan untuk meningkatkan kadar gaji minimum hendaklah munasabah, tidak menjejaskan ekonomi dan mengekalkan daya saing negara.
 
Penetapan kadar gaji harian dimasukkan dalam PGM 2016 bagi memastikan pekerja yang bergaji harian dilindungi di bawah Perintah ini. Ia juga bagi memastikan tiada lagi kekeliruan di kalangan majikan dan pekerja bagi menetapkan kadar gaji harian yang selaras dengan gaji minimum. 
 
Tiada klausa pengecualian dalam Perintah Gaji Minimum 2016.
 
Klausa permohonan penangguhan dan perundingan penstrukturan semula gaji dimasukkan dalam Perintah Gaji Minimum 2012 untuk membantu majikan-majikan dalam melaksanakan gaji minimum buat pertama kali. Bagi klausa pengurangan kadar gaji minimum dalam tempoh percubaan pula, didapati ia telah menimbulkan salah tafsir antara majikan dan pekerja. Justeru, diputuskan tidak perlu ada klausa ini.
 
PGM 2016 adalah terpakai kepada semua pekerja di sektor swasta yang bekerja di Malaysia termasuk pekerja-pekerja TASKA, badan bukan berasaskan keuntungan (non-profit organisation) atau badan kebajikan, kecuali pekhidmat domestik. Penetapan pelaksanaan gaji minimum ke atas kategori pekerja-pekerja di atas dibuat kerana:
 
(i) Memberi hak yang sama kepada semua kategori pekerja;
 
(ii) Mencapai objektif gaji minimum yang antaranya ialah membantu dan melindungi pekerja-pekerja yang mudah terancam (vulnerable);
 
(iii) Mencegah penganiayaan dan diskriminasi; dan
 
(iv) Majikan daripada sektor-sektor berkenaan boleh menggajikan pekerja secara separa masa, atau dibayar mengikut kadar jam, atau harian sebagaimana ditetapkan di bawah PGM 2016.
 
PGM 2016 tetap terpakai kepada semua pekerja termasuk industri mikro kerana kumpulan pekerja dalam subsektor ini adalah “vulnerable group” dan perlu dilindungi.
 
Pendirian Kerajaan ialah menetapkan bahawa PGM 2016 meliputi semua pekerja tempatan termasuk juga pekerja asing berasaskan sebab-sebab yang berikut:
 
(i) Dasar gaji minimum hendaklah tidak mendiskriminasi seseorang pekerja atas alasan kewarganegaraan, selaras dengan Konvensyen ILO No.100: Equal Remuneration yang mana telah diratifikasikan oleh Malaysia pada tahun 1997; 
 
(ii) Ia adalah bertentangan dengan seksyen 60L Akta Kerja 1955, seksyen 118B Ordinan Buruh Sabah atau seksyen 119B Ordinan Buruh Sarawak di mana tidak membenarkan sebarang bentuk diskriminasi antara pekerja tempatan dan pekerja asing; dan
 
(iii) Bagi menjamin dan memelihara peluang pekerjaan rakyat tempatan agar tidak terjejas. Sekiranya pekerja asing dikecualikan dari gaji minimum atau dibayar gaji minimum yang kurang, bakal timbul suatu keadaan di mana majikan akan cenderung untuk terus menggaji pekerja asing berbanding pekerja tempatan kerana dapat membayar gaji yang lebih rendah. Ini adalah bertentangan dengan salah satu objektif pelaksanaan gaji minimum iaitu untuk mengurangkan kebergantungan majikan kepada pekerja asing yang kurang mahir.
 

Implikasi undang-undang apabila PGM 2016 diwartakan ialah:

(i) Perintah Gaji Minimum 2012 adalah terbatal. Bagaimanapun, apa-apa prosiding undang-undang, pendakwaan atau siasatan yang dibuat di bawah Perintah Gaji Minimum 2012 adalah diteruskan sehingga selesai;

(ii) Semua kontrak dan Perjanjian Kolektif hendaklah mengambilkira semua peruntukan dalam PGM 2016; dan

(iii) Pekerja-pekerja dalam tempoh percubaan hendaklah dibayar gaji penuh tanpa pengurangan apabila PGM 2016 dikuatkuasakan.

Garis Panduan tersebut dikeluarkan oleh MPGN bagi membantu para majikan dan kesatuan sekerja serta pekerja untuk melaksanakan PGM 2012 dengan teratur. Beberapa peruntukan di dalam Garis Panduan seperti kaedah penetapan gaji minimum bagi pekerja bergaji harian serta pekerja yang dibayar mengikut upah ikut kerja (piece-rate), berat tan (tonnage), tugasan (task), perjalanan (trip) atau komisen telah dimasukkan dalam Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016). Selain itu, kaedah penstrukturan semula gaji telah dibatalkan melalui PGM 2016. Oleh itu, Garis Panduan ini tidak relevan lagi.

‘Gaji’ dan ‘Gaji Minimum’ ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. ‘Gaji’ mempunyai maksud yang sama dengan ‘gaji’ dalam seksyen 2 Akta Kerja 1955Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) manakala ‘gaji minimum’ merujuk kepada gaji pokok sahaja, tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain.
 
Gaji minimum adalah gaji pokok, tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain.
 
Perintah Gaji Minimum 2016 berkuatkuasa 1 Julai 2016.
 
Semua pekerja tempatan dan pekerja asing yang mempunyai kontrak perkhidmatan dengan majikan adalah berhak menerima gaji minimum.
 
• Pekhidmat domestik (cth. pembantu rumah).
• Perantis yang diambil untuk latihan bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun.
 
Gaji minimum untuk pekerja separa masa tersebut di bawah Perintah adalah RM4.81 sejam bagi pekerja separa masa di Semenanjung Malaysia dan RM4.42 bagi pekerja separa masa di Sabah, Sarawak dan Labuan.
 
 

Kawasan wilayah

Kadar gaji minimum

Bulanan

Harian

Setiap jam

Semenanjung Malaysia

RM1,000

Bil. Hari bekerja dalam seminggu 

 

 

RM4.81

6

RM38.46

5

RM46.15

4

RM57.69

Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

RM920

6

RM35.38

 

RM4.42

5

RM42.46

4

RM53.08

 
Langkah memasukkan peruntukan ini di dalam PGM 2016 adalah bagi memastikan semua pekerja menikmati kadar gaji minimum termasuk pekerja yang dibayar mengikut upah ikut kerja (piece-rate), berat tan (tonnage), tugasan (task), perjalanan (trip) atau komisen (commission). Ia juga bagi memastikan tidak berlakunya eksploitasi kepada golongan pekerja-pekerja ini.
 
Penalti untuk ketidakpatuhan adalah seperti dalam jadual berikut: 
 

KESALAHAN

PENALTI

Kesalahan Pertama

Denda tidak melebihi RM10,000 setiap pekerja. Mahkamah boleh memerintahkan majikan untuk membayar kepada setiap pekerjanya perbezaan di antara kadar gaji minimum dengan gaji pokok.

Penalti Am

Denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap kesalahan jika tiada penalti diperuntukkan.

Penalti bagi Kesalahan Berterusan

Denda harian tidak melebihi RM1,000 bagi kesalahan yang berterusan selepas sabitan.

Penalti bagi Kesalahan Berulang

Denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun.

 
TIDAK. Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum tidak akan menghalang majikan melaksanakan PLWS.
 
Hukuman penjara adalah tindakan terakhir terhadap majikan yang berulang kali melakukan kesalahan.
 
Isu-isu Dasar
 
Sekretariat
Majlis Perundingan Gaji Negara
Kementerian Sumber Manusia
Aras 7, Blok D3, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
Tel: 03-8886 5156
Faks: 03-8881 0668
E-mel: minimumwages[at]mohr[dot]gov[dot]my
Laman sesawang: www.mohr.gov.my
 
Isu-isu Pelaksanaan
 
Jabatan Tenaga Kerja (Semenanjung Malaysia dan Labuan)
Kementerian Sumber Manusia
Aras 5, Blok D3, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
Tel : 03-88865192
Faks: 03-8889 2368
Emel : jtksm[at]mohr[dot]gov[dot]my
Laman sesawang: jtksm.mohr.gov.my
 
Jabatan Tenaga Kerja (Sabah)
Tingkat 1, Blok C & D,
Bangunan KWSP P/S 14557
88852, Kota Kinabalu, SABAH
Tel : 088-238755/233820
Faks : 088-242445
Emel : jtknsabah[at]mohr[dot]gov[dot]my
Laman sesawang: jtksbh.mohr.gov.my
 
Jabatan Tenaga Kerja (Sarawak)
Tingkat 13, Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93532, Kuching, SARAWAK
Tel : 082-242261/414062
Faks : 082-244909
Emel : gajimin[at]mohr[dot]gov[dot]my
Laman sesawang: jtkswk.mohr.gov.my
 
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia
Kementerian Sumber Manusia
Aras 9, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
Tel : 03-88865460
Faks : 03-88862355
Emel : jppm[at]mohr[dot]gov[dot]my
Laman sesawang: jpp.mohr.gov.my