Apa Yang Majikan Perlu Tahu

Perintah Gaji Minimum 2016 memerlukan semua majikan mengambil tindakan sewajarnya untuk membayar gaji minimum sebagaimana dalam Perintah. Majikan harus tahu bahawa pelaksanaan Perintah ini adalah untuk manfaat semua pihak berkepentingan dan selaras dengan usaha Kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan tahap pendapatan negara.

Laman web ini bertujuan untuk memberikan maklumat terperinci dan menyeluruh bagi membantu majikan untuk membuat penyesuaian kepada dasar baharu ini. Soalan-soalan anda akan dijawab di dalam bahagian ini atau di dalam carian Soalan Lazim. Jika tiada, sila hubungi kami dan pegawai Kementerian akan menjawab pertanyaan anda.


YA. Anda dikehendaki oleh undang-undang untuk membayar gaji minimum sebanyak RM1000 setiap bulan jika anda beroperasi di Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan jika anda beroperasi di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Sebagai majikan, syarikat anda dikehendaki melakukan perkara-perkara berikut:
  • Membayar semua pekerja tidak kurang RM1000 atau RM920 sebulan sebagai gaji pokok bergantung kepada lokasi bekerja sama ada di Semenanjung Malaysia atau Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Tidak mengurangkan gaji minimum kepada pekerja dalam tempoh percubaan.
TIDAK. Di bawah Perintah Gaji Minimum 2016, tiada pengecualian diberikan. 
Perintah ini terpakai kepada semua pekerja sektor swasta termasuk pekerja asing di Malaysia. Walau bagaimanapun, pekhidmat domestik termasuk pembantu rumah seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955 [Akta 265]Seksyen 2 Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] dan Seksyen 2 Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76] dikecualikan.
Majlis Perundingan Gaji Negara mengambil kira beberapa faktor dalam menentukan kadar gaji minimum iaitu Pendapatan Garis Kemiskinan, keupayaan majikan untuk membayar gaji (penengah gaji), Indeks Harga Pengguna, Kadar Pengangguran Sebenar dan Pertumbuhan Produktiviti.
 
Faktor-faktor di atas menerangkan perbezaan antara gaji minimum yang ditetapkan bagi Semenanjung Malaysia dan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Untuk maklumat lanjut mengenai cara penetapan kadar gaji minimum, sila klik di sini.
Kegagalan syarikat untuk mematuhi Perintah Gaji Minimum 2016 boleh dikenakan penalti seperti yang berikut:
 
KESALAHAN PENALTI
Kesalahan Pertama Denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja. Mahkamah boleh memerintahkan majikan untuk membayar kepada setiap pekerjanya perbezaan di antara kadar gaji minimum dengan gaji pokok.
Penalti Am Denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap kesalahan jika tiada penalti diperuntukkan.
Penalti bagi Kesalahan Berterusan Denda harian tidak melebihi RM1,000 bagi kesalahan yang berterusan selepas sabitan.
Penalti bagi Kesalahan Berulang Denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun.
Kompaun Kompaun tidak melebihi 50% amaun maksimum bagi setiap kesalahan boleh dikenakan kepada majikan.

PrintEmail